Bengkel Didik Seni & Karya Kreatif

Bengkel Didik Seni & Karya Kreatif

Bengkel Didik Seni & Karya Kreatif anjuran bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Johor Music Creative (JMC) akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Februari 2024, di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru (bangunan kapal) bermula jam 10:00 pagi.

Bengkel ini akan dibarisi oleh tenaga kreatif yang hebat dalam industri, Eddy Said, Shafiee Obe, Azin Jenk Ali, Ali Hairunie dan Hafetz Hashim. Anda dinasihatakan untuk membawa alat muzik sendiri jenis hand carry (Gitar, Bass, Drumstick, drum pad). Kita akan berkumpul dan dibahagikan kepada section instrument, dan dihujung bengkel kita akan membuat 1 persembahan bersama. Menarik bukan? Korang jangan lepaskan peluang ini, menimba ilmu bersama orang berpengalaman.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor +607 219 8037 . Pendaftaran boleh dilakukan memalui online.

Kemasukan adalah percuma. Daftar di sini.

Laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru.